Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...

Pada 12/03/2011 pukul 8.40 aku masuk dewan panggung wayang..aku tengok cerita hikayat merong mahawangsa….wahh ceritanya memang best…aku belajar tentang sejarah dahulu….filem ini aku merasa macam bukan orang melayu buat…sebab tak pernah aku tengok kelainan pada cerita ini…tapi memang best…tahniah kepada pengarahnya dan menulis cerita ini…Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.
Nak tahu lebih lanjut kenalah tengok yer………………………


No comments:

Post a Comment